Monday, November 21, 2011
fahyim yang macam ulat
Fahyim warded
tak pernah-pernah badan fahyim panas macam ni.
nasib ibu amik cuti dua hari ni.
apa lagi...
balik interview, ibu pun melepek sekali dengan fahyim.
manja anak ibu ni.
monitor suhu...39 darjah...tinggi tu
malam bawak g klinik.
doc bg ubat demam.
esoknya, kaklang (mami ja, fahyim) nikah.
demam2 fahyim pun berjalan gi masjid, sebab mami ja nikah kat masjid.
tak de lepak lama.
maghrib balik umah.
lusanya, bangun2 tido, patut ayah & ibu g kerja.
tapi suhu fahyim maintain je 39...
we all decide nak bawak g spital..
boleh plak dari pagi bangun, sampai g spital..kerjanya - MENANGIS tak henti2...
dalam kereta je berhenti nangis sebab fahyim suke naik kereta
alih2 doctor tahan masuk wad.
adeh.
ibu kebosanan.
masuk wad suhu fahyim dari masuk sampai discharge maintain 37.
fahyim ni saje je nak masuk spital kan??
takpelah.
petang dahleh discharge, after paed datang check.
balik rumah...alih2 adeeb plak admit...semput (tak cukup oksigen)
dua malam adeeb bermalam di spital.
ibu doakan fahyim dikurniakan kesihatan yang baik & dijauhkan dari perkara yang tidak sepatutnya..
aminn...
Monday, October 17, 2011
eczema
Perkataan ekzema adalah digunakan untuk pelbagai keadaan kulit yang berterusan. Ini termasuk kekeringan dan ruam kulit yang berulang2 yang terjadi daripada gejala-gejala ini: kemerahan, kulit edema (bengkak), gatal-gatal dan kekeringan, crusting (err), mengelupas, melepuh, retak, meleleh, atau pendarahan. Kawasan perubahan warna kulit sementara boleh muncul dan kadang-kadang disebabkan oleh sembuh dari kecederaan. Menggaru luka penyembuhan boleh menyebabkan parut dan boleh membesarkan ruam.
hari sabtu.
doktor mengesahkan Fahyim mempunyai eczema.
based on family history.
ni belah ayah dia la ni.
adik ayah dia waktu kecil memang sangat sensitif.
dengan habuk.
fahyim?
setakat hari ni, kesan eczema fahyim semakin teruk adalah disebabkan oleh
AYAM.
ayam.
ayam.
ayam.
ayam.
adeh!!! feveret ibu tu fahyim.
takpe.
demi kesihatan fahyim.
demi kondisi mu, fahyim.
ibu janji, ibu takkan makan ayam banyak2 dalam sehari.
ibu akan amik small portion.
ni semua gara2 aku bedal ayam kepsi.
minum petang - kepsi.
makan malam - kepsi.
makan tengahari - kepsi.
akhirnya. fahyim yang terima akibatnya.
sian dia.
sampaikan mummy2 dia tak tau nak buat ape.
dari pukul 2 ptg, sampailah ke pukul 4 ptg, fahyim mengamuk2.
menggaru2 muka dia.
sampai merah2.
ibu menelefon embah, minta bantuan kecemasan.
ambil fahyim dekat rumah nenek.
nenek dan mummy ada catering.
balik2.aku tak terus balik rumah.
pergi rumah nenek.
amik kereta.
sebab esoknya sabtu.
sampai rumah je.
sunyi. sepi.
tengok fahyim tengah tido dalam buaian.
tenang je muka.
merah gile muka dia.
embah dah letak bedak sejuk.
terus dia tido.
sorry ye sayang.
ibu tak makan ayam banyak2 lagi dah.
nanti fahyim dah 6 bulan, kita mandi bubble same2 ye sayang.
biar eczema tu pergi jauh2.
dan jarang datang.
kalau tak datang langsung lebih baik.
dedar menjadi demam
boleh dikatakan setiap bulan Fahyim akan dedar.
cuma kadang-kadang je membawa ke demam.
mula2 aku pun tak tau amendalah dedar2 tu.
dedar adalah berasa panas-panas badan (seperti hendak demam).
ok.
sepatutnya injection 5 months HAPPY BIRTHDAY FAHYIM! scheduled on 13 October.
tetapi Fahyim kena delay.
sebab dia demam malam sebelum hari kejadian.
yang menyebabkan suhu meningkat ke 38-39 darjah celcius.
maka dengan itu, nurse tak bagi inject sebab injection kali ni sangat kuat dosnya.
takut demam fahyim semakin teruk dan akan membawa ke demam panas.
maka dengan itu, aku meminta untuk berjumpa dengan puan doktor.
sewaktu menunggu giliran berjumpa puan doktor, semua makcik2 duk pandang2 fahyim.
ayok! jadi
perkataan yang sering didengar bila fahyim ke klinik.
"HAH! BOOOLAAAATTTTNYE DIA!"
heh...melekat la nama bolat tu nanti.
masuk jumpa doktor.
awak ni cute lah. handsome.
si fahyim tersengih2 ketuk2 meja bagai memahami butir kata puan doktor.
awak janganla perasan plak.
si fahyim pun senyum2 gelak lagi.
BEHAVE sungguh dia kali ni pergi klinik.
tak ingat langsung kat susu
tido pun tak mau.
balik dari klinik....sama macam cerita kat ibu fahyim lah...hahahaha
Sunday, October 9, 2011
bijak bijak
Wednesday, October 5, 2011
fahyim yang bijaksana
Monday, October 3, 2011
cloth diapering
Thursday, September 22, 2011
takut yang menjadi kenyataan
Sewaktu ketika dahulu (tetiba teringat lagu Erra Fazira sebelum nak type)...bila mana saat aku melahirkan Fahyim...cehhh..aku paling risau nak memandikan dia..
So far alhamdulillah, sebab aku mandikan dia dalam bath tub dia... (tak agak, nak bathtub jugak kannn)...
Al kisahnya, di rumah MIL...dah si Fahyim asyik poo je kan, aku pun mandikan dia WITHOUT BUTH TUB... first time ni...
Mandi dengan air sejuk plak tu... first time gak..tapi dengan dorg dia dah biasa air sejuk...
Mandi pakai paip, tanpa bath tub, dengan air sejuk...ok...selamat
Tiba tang aku sabunkan dia...nak pusingkan dia...tup...terlepas!!!!!
Mujur rendah sangat2 time tu...Fahyim ape lagi menangis lah...
Aku??? Berderau darah... menggelabah risau.. takut weh... kepala dia terhentak ke lantai tapi takde bunyi pun.. Ya Allah..
berkali2 aku mintak maaf kat Fahyim sampai aku pun nangis sekali
betapa cuainya ibu, nak...
ibu mintak maaf ye... tu jela ucapan aku sampai dia berhenti nangis...
i'm so sorry fahyim...sambil ku cium2 seluruh muka dia...betapa eratnya aku peluk dia...sob sob
mak pun menjerit... "kepala anak tu nani...lain kali jangan buat macam tu lagi"
sorry mak...tak sengaja...huhuhuhu...
dorg suh aku monitor Fahyim 24hours - IF muntah2, tak aktif, bengkak.... segera ke hospital
ALHAMDULILLAH... Syukran jazilan ya Allah... nothing happened to him... Hugs you Fahyim...
Lain kali ibu mandikan Fahyim dalam bath tub jugak...takde bath tub ibu amikla baldi ape2 ye sayang...sampai sayang dah pandai berdiri & berjalan :-)
Poo baby
Najis baby akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard (
Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu.
Apa yang tidak normal?
Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.
Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.
Sembelit Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.
Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.
Najis hijau Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.
Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda. (nasib Fahyim hijau je...tidak berbuih - alhamdulillah)
Calitan darah Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.
banyak kali nye poo
Monday, September 5, 2011
ragam fahyim
aku tak ingat bile kejadian ni. tp aku ingat betapa kalutnya aku bila fahyim taknak direct feed... berpeluh2 jugaklah. mana taknya, dia menangis melalak macam kena ape ntah...sampai keluar2 air mata...
last2 aku bg air zamzam dalam botol..dia minum dgn rakusnya..last2 aku bg susu perahan guna botol, minum kasi habis terus tertido... habis sebotol sempat lagi fahyim lemparkan senyuman kat aku.. hilang perasaan marah + risau ibu bila fahyim senyum macam tu...
adala dekat seminggu dia berperangai macam tu...
ragam seterusnya... melalak lalak nak tido... nak tido tempat berangin... sejuk... df dgn fahyim betul2 bawah kipas...last2 nyusu sampai tertido... ada plak dia melalak2 bagai nak rak... masuk dalam kereta, letak kat car seat terus diam...belum jalan 1km dia dah bantai tido..anak bertuah la kannn...sampai la raye hari tu..nak tido dalam kereta yang bergerak ok...
tp alhamdulillah kat perak dia tak buat perangai...just nangis manja2 gitu...cumenya bile embah2nya picit pipi dia kuat2 terus menangis sampai merah padam muka...
tapi mlm pertama tido... (kampung kan sejuk gile even tak berkipas)... pagi tu bangun terus muntah macam air terjun...cian anak ibu...
pergi raya walaupun panas2 macam tu, mujur di siang hari dia senang nak tido..kat rumah orang lagi.. :-D
fahyim fahyim...ni dah start keje balik..semalam dia mengamuk smpi kul 3ptg sbb dah seminggu berkepit dgn ibu..bile balik bergayut dgn ibu bukan main lama...dah tu senyum sengih je... :D
muah3....sayang fahyim
Monday, August 22, 2011
sebulan
aku perlu recall balik kejadian 2 bulan lepas
first time pergi klinik untuk bawa fahyim cucuk sebulan
pergi dengan en suami
mujur si comel ni tidur je kejenya
time kena cucuk jerit sekejap je..pastu dia boleh sambung tido plak
aku dah takleh recall dah
Wednesday, August 10, 2011
13 Mei 2011
MUHAMMAD NUR FAHYIM BIN FAIRIZ HAIDAD
Tarikh melihat dunia...Syukran Ya Allah
13 MEI 2011 @ 4.09PM @ JUMAAT
Tempat dilahirkan
HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN
warded @ 830 am
junior doctor cakap boleh balik tak payah warded
then senior doctor suruh warded, IF esok tak de tanda lagi boleh discharge
then, @ 1030 am dah mula rasa sakit2... kerap... dan semakin kerap
3kali beritahu doctor (cina, lelaki, muda) cakap dah tak tahan
then dia just cakap "ktorg tak boleh check selalu..u anak first kan..malam nanti baru deliver...biasa anak first lambat"
so...what the **** la doctor tu kan...ape ingat semua orang sama je ke ha?
then @ 250 pm nurse meronda..aku cakap memang dah tak tahan sangat
dia bawak masuk bilik pemeriksaan
"puan, dah bukak 8 cm ni"
aku..."ha...8cm"
"troli! troli! 8cm...."
aku pun diangkat masuk troli....ditolak laju2 masuk dalam labour room
dengan hp dekat katil...
tak sempat inform sape2 pun
mujur my biras keje that shift..so dia yang tolong panggilkan fairiz...
thanks to kak zariah...
dan dia jugaklah yang assist bidan sambut fahyim
kul 4.09pm dah selamat deliver...
fahyim diletakkan di dada ku...terharu sangat...bahagia sangat...
perasaan yang mungkin tidak aku lupakan...
pukul 530pm lebih kurangla...fahyim dibawa kepada aku untuk diberi susu badan
even susuku takde pun kann
stress dan menyebabkan tekanan darah aku tinggi...ha3
pukul 6 lebih aku ditolak keluar dari labour room masuk ke ward
kaum keluarga semua dah menanti
yang dengar adalah
"comelnyeee...."
"dia dah bukak mata lah..."
"bulatnye mata diaaaa..."
heee....bahagia sangat time tu
sampaikan ain insyirah (anak buah aku) menangis sebab tak bawak fahyim balik sekali dengan dia...huhuhuh...
habis waktu melawat...
dan aku ditinggalkan keseorangan bersama fahyim...
to be continued...