CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 2, 2012

welcome 2012

2012

selamat tahun baru buat semua kawan-kawan Fahyim
tahun ni mesti mak-mak sume excited nak celebrate birthday kite2 yang akan berusia setahun nanti kan?
syoknye...

ibu planning nak buat dekat A&W je..tak susahkan sape2..
tapi lagi best kot buat kat rumah kan?hiii

tahun 2012 ibu planned nak bawak Fahyim pergi
1) Aquaria KLCC
2) Jalan-jalan makan angin dengan ibu & ayah...
3) Nanti ibu fikirkan...

Monday, November 21, 2011

fahyim yang macam ulat

ulat.
apa itu ulat?

ok lah. bukan nak cerita pasal ulat.
nak cerita orang yang macam ulat.
tak reti duk diam.
orangnye adalah....
F.A.H.Y.I.M

kenapa ulat?
embahnye yang bagi...
hari tu balik dari kelas, aku bukak je pintu, masuk rumah
"haa...ibu dah balik...ni amik anak ko ni..tak reti duk diam macam ulat"
hiks...

malam tadi kan bola.
oh ya! TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!
Semuanya hero lah...

malam tadi bola.
Fahyim pun macam bola gak.
guling-guling
ke atas ke bawah
ke kiri ke kanan
dengan laju
pulak tu mulut pun turut mengomel ntah ape2
tapi COMEL!!

sampai berpeluh2
bila ibu amik g sink, basuh muka, bukan main suke lagi
lepas tu letak balik
pusing sana, pusing sini
pening ibu dik oiii...

last2 fahyim dah bising
ibu bawak naik
tak dapat tengok bola sampai habis
naik bilik, dia main lagi
dekat setengah jam jugaklah
baru dia tido...zzzz

dan, fahyim pun pengsan sehingga 430 pagi
statik je tido
kalau tak tu, berpusing-pusing tido
430 pagi tu pun ibu kejut, tukar pampers, bagi susu
lepas menyusu, dia main golek2, mulut bising..pastu senyap
hening
laaa...dah tido balik dah dia...tido meniarap

dah besar dah anak ibu
sob sob...

semoga jadi anak yang soleh ye sayang

Fahyim warded

panasnye badan.
tak pernah-pernah badan fahyim panas macam ni.
nasib ibu amik cuti dua hari ni.
apa lagi...
balik interview, ibu pun melepek sekali dengan fahyim.
manja anak ibu ni.

monitor suhu...39 darjah...tinggi tu
malam bawak g klinik.
doc bg ubat demam.

esoknya, kaklang (mami ja, fahyim) nikah.
demam2 fahyim pun berjalan gi masjid, sebab mami ja nikah kat masjid.
tak de lepak lama.
maghrib balik umah.

lusanya, bangun2 tido, patut ayah & ibu g kerja.
tapi suhu fahyim maintain je 39...
we all decide nak bawak g spital..
boleh plak dari pagi bangun, sampai g spital..kerjanya - MENANGIS tak henti2...
dalam kereta je berhenti nangis sebab fahyim suke naik kereta

alih2 doctor tahan masuk wad.
adeh.
ibu kebosanan.
masuk wad suhu fahyim dari masuk sampai discharge maintain 37.
fahyim ni saje je nak masuk spital kan??

takpelah.
petang dahleh discharge, after paed datang check.
balik rumah...alih2 adeeb plak admit...semput (tak cukup oksigen)
dua malam adeeb bermalam di spital.

ibu doakan fahyim dikurniakan kesihatan yang baik & dijauhkan dari perkara yang tidak sepatutnya..
aminn...

Monday, October 17, 2011

eczema

ECZEMA
apa itu eczema?

Perkataan ekzema adalah digunakan untuk pelbagai keadaan kulit yang berterusan. Ini termasuk kekeringan dan ruam kulit yang berulang2 yang terjadi daripada gejala-gejala ini: kemerahan, kulit edema (bengkak), gatal-gatal dan kekeringan, crusting (err), mengelupas, melepuh, retak, meleleh, atau pendarahan. Kawasan perubahan warna kulit sementara boleh muncul dan kadang-kadang disebabkan oleh sembuh dari kecederaan. Menggaru luka penyembuhan boleh menyebabkan parut dan boleh membesarkan ruam.

hari sabtu.
doktor mengesahkan Fahyim mempunyai eczema.
based on family history.
ni belah ayah dia la ni.
adik ayah dia waktu kecil memang sangat sensitif.
dengan habuk.
fahyim?
setakat hari ni, kesan eczema fahyim semakin teruk adalah disebabkan oleh
AYAM.
ayam.
ayam.
ayam.
ayam.

adeh!!! feveret ibu tu fahyim.
takpe.
demi kesihatan fahyim.
demi kondisi mu, fahyim.
ibu janji, ibu takkan makan ayam banyak2 dalam sehari.
ibu akan amik small portion.

ni semua gara2 aku bedal ayam kepsi.
minum petang - kepsi.
makan malam - kepsi.
makan tengahari - kepsi.

akhirnya. fahyim yang terima akibatnya.
sian dia.
sampaikan mummy2 dia tak tau nak buat ape.
dari pukul 2 ptg, sampailah ke pukul 4 ptg, fahyim mengamuk2.
menggaru2 muka dia.
sampai merah2.

ibu menelefon embah, minta bantuan kecemasan.
ambil fahyim dekat rumah nenek.
nenek dan mummy ada catering.

balik2.aku tak terus balik rumah.
pergi rumah nenek.
amik kereta.
sebab esoknya sabtu.

sampai rumah je.
sunyi. sepi.
tengok fahyim tengah tido dalam buaian.
tenang je muka.
merah gile muka dia.
embah dah letak bedak sejuk.
terus dia tido.

*tulus muka anak ibu ~ sayang dia.. MUAH!!!*


sorry ye sayang.
ibu tak makan ayam banyak2 lagi dah.
nanti fahyim dah 6 bulan, kita mandi bubble same2 ye sayang.
biar eczema tu pergi jauh2.
dan jarang datang.
kalau tak datang langsung lebih baik.
Ya Allah! Kau berikanlah anak aku kekuatan untuk menahan kegatalannya. Kau berikanlah aku iman yang kuat daripada makan makanan yang memudaratkan keadaan anakku. amin.

dedar menjadi demam

D.E.M.A.M
boleh dikatakan setiap bulan Fahyim akan dedar.
cuma kadang-kadang je membawa ke demam.
mula2 aku pun tak tau amendalah dedar2 tu.
dedar adalah berasa panas-panas badan (seperti hendak demam).

ok.
sepatutnya injection 5 months
HAPPY BIRTHDAY FAHYIM! scheduled on 13 October.
tetapi Fahyim kena delay.
sebab dia demam malam sebelum hari kejadian.
yang menyebabkan suhu meningkat ke 38-39 darjah celcius.

maka dengan itu, nurse tak bagi inject sebab injection kali ni sangat kuat dosnya.
takut demam fahyim semakin teruk dan akan membawa ke demam panas.
maka dengan itu, aku meminta untuk berjumpa dengan puan doktor.

sewaktu menunggu giliran berjumpa puan doktor, semua makcik2 duk pandang2 fahyim.
ayok! jadi pusat penumpuan tumpuan pulak.
perkataan yang sering didengar bila fahyim ke klinik.
"HAH! BOOOLAAAATTTTNYE DIA!"
heh...melekat la nama bolat tu nanti.

masuk jumpa doktor.
awak ni cute lah. handsome.
si fahyim tersengih2 ketuk2 meja bagai memahami butir kata puan doktor.
awak janganla perasan plak.
si fahyim pun senyum2 gelak lagi.
BEHAVE sungguh dia kali ni pergi klinik.
tak ingat langsung kat susu cap gantung dia tu.
tido pun tak mau.

balik dari klinik....sama macam cerita kat ibu fahyim lah...hahahaha

Sunday, October 9, 2011

bijak bijak

salam
haha...kesinambungan daripada blog ibu fahyim

dalam tengah kelam kabut ibu menyiapkan SPSS nye, boleh pulak fahyim bangun
terbeliak biji mata...confirm tak tido balik ni
ayah g kerja plak tu
time tu dah 630 pagi...

ape lagi, ibu angkat fahyim, letak sebelah ibu
entah berapa pusingan fahyim berpusing2
siap tendang2 buku tak baik tau
siap tendang2 meja laptop ibu

*fahyim semangat nak baca buku2 dan nota2*

tetiba je ibu pusing tengok fahyim dah meniarap dengan jayanya
owh..tak sempat snap gambar...busy buat assignment last minute
dah buat assingment last minute kan...habislah kena brainwash

balik exam + presentation, ibu bantai tido dengan fahyim
siap pujuk fahyim suruh tido sama2
nasib baik fahyim nak tido
plak tu tido mengalahkan ibu
dari 630 ptg sampai 730 malam, ibu dan fahyim tido dilarang tido maghrib2, tak elok

pukul 8 pergi makan di luar
si fahyim boleh lagi tido sampai ktorg habis makan
cisss....

Wednesday, October 5, 2011

fahyim yang bijaksana

malam tadi mood fahyim baik
bagus
ceria
bijak bijak

ibu pergi mandi, dia duduk bawah je dengan embah...
ibu turun, pergi makan pun dia diam lagi
ibu letak dalam playpan kakak (pinjam ye..kakak dah besar dah)
dia main dengan rakusnya
habis segala kaki naik...

bila main asyik tak dapat - dia nak cabutkan benda tu
mulala mengamuk
pandai merajuk
bila takde orang angkat
dia nangis...lepastu mengadu kat ayah...comels!!

bagi susu, tido...zasssss...sempatlah ibu jemur kain, basuh botol bagai
lepas tu dia bangun sebab embah cakap kuat2...heh (tido jelah)

disebabkan jam dah menginjak angka 930malam (awal gile masuk tido), ibu bawak fahyim naik bilik...
ngempeng2 dua tertido macam biasa
sedar2 ayah kejut suruh tido betul2
fahyim dah terkangkang tido dengan nyenyaknye

ibu konon nak sambung buat kerja
alih2 tepuk2 bantal sambung tido sebelah fahyim sampai 230 pagi

bangun 230 pagi susukan fahyim
konon nak buat kerja...alih2 fahyim membulatkan mata dia ajak main...
alahai...main2 last ibu dgn fahyim tido...

tengok jam...dush!!! 4 pagi dah... (cerita seterusnya sambung dekat blog ibu fahyim ok)!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...