CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 22, 2011

takut yang menjadi kenyataan

Sewaktu ketika dahulu (tetiba teringat lagu Erra Fazira sebelum nak type)...bila mana saat aku melahirkan Fahyim...cehhh..aku paling risau nak memandikan dia..

So far alhamdulillah, sebab aku mandikan dia dalam bath tub dia... (tak agak, nak bathtub jugak kannn)...

Al kisahnya, di rumah MIL...dah si Fahyim asyik poo je kan, aku pun mandikan dia WITHOUT BUTH TUB... first time ni...

Mandi dengan air sejuk plak tu... first time gak..tapi dengan dorg dia dah biasa air sejuk...

Mandi pakai paip, tanpa bath tub, dengan air sejuk...ok...selamat

Tiba tang aku sabunkan dia...nak pusingkan dia...tup...terlepas!!!!!

Mujur rendah sangat2 time tu...Fahyim ape lagi menangis lah...

Aku??? Berderau darah... menggelabah risau.. takut weh... kepala dia terhentak ke lantai tapi takde bunyi pun.. Ya Allah..

berkali2 aku mintak maaf kat Fahyim sampai aku pun nangis sekali

betapa cuainya ibu, nak...

ibu mintak maaf ye... tu jela ucapan aku sampai dia berhenti nangis...

i'm so sorry fahyim...sambil ku cium2 seluruh muka dia...betapa eratnya aku peluk dia...sob sob


mak pun menjerit... "kepala anak tu nani...lain kali jangan buat macam tu lagi"

sorry mak...tak sengaja...huhuhuhu...


dorg suh aku monitor Fahyim 24hours - IF muntah2, tak aktif, bengkak.... segera ke hospital

ALHAMDULILLAH... Syukran jazilan ya Allah... nothing happened to him... Hugs you Fahyim...


Lain kali ibu mandikan Fahyim dalam bath tub jugak...takde bath tub ibu amikla baldi ape2 ye sayang...sampai sayang dah pandai berdiri & berjalan :-)



Poo baby

Apakah yang normal?

Apa yang normal bagi baby depends on umur. breastfeed or fm. solid food? Najis baby sentiasa berubah from time to time in the first years. Kite sebagai mak2 akan faham jugak ape yg normal untuk si kecik itu.Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bayi yang breastfeed tanpa memakan solid food akan poo lebih kurang empat kali sehari (oh! normal rupenya Fahyim tu); namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.
Najis baby akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard (mustard???), kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apakah yang akan berlaku jika saya bagi FM?

Jika baby diberikan FM, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa FM akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan SI. Ini disebabkan FM tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti SI. Najis akan berbau lebih tengik (bucuk gile Fahyim poo), seakan-akan najis orang dewasa. Lazimnya, baby yang diberikan FM membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar.


Jika breastfeed?

Najis baby yang bf dan baby yang diberikan FM adalah berbeza. Kolostrum dari “susu pertama” anda bertindak sebagai laksatif, membantu menolak meconium keluar dari sistem bayi anda. Apabila anda menghasilkan susu dengan sempurna, selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.

Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu.

Kalau tukar SI ke FM, effect tak?

Lakukannya dengan perlahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan babyanda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit, dan bagi diri anda pula, mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik saja bayi anda menyesuaikan diri dengan susu botol, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!


Bila mula solid food...

Perubahan terbesar pada najis akan berlaku apabila mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberikan karot yang dipurikan, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Juga, apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, susah untuk dicerna, sehingga satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda. (nasib Fahyim hijau je...tidak berbuih - alhamdulillah)

Calitan darah Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.

Rujukan: http://www.babycenter.com.my/malay


banyak kali nye poo

Pagi-pagi lagi Fahyim dah melepaskan poo nye. Maka dengan itu, kelam kabutlah aku. Nasibla Fahyim, ibu basuh cebok (any others sopan word?) guna air paip kat sinki jelah. Sejukkk....grrrrr....Fahyim pun grrrrrr jugak! comel2...

Hari ni dah masuk hari ke-10 Fahyim poo dengan kekerapan yang banyak. Mula-mula agak merisaukan jugaklah sebab warna poo nye kejap kuning. kejap ijau lah kan (sape2 tengah mengunyah tu sila telan cepat2)...

Mula-mula jumpa doctor kat klinik biasa...dia kata takde masalah sebab anak tak meragam dan tak muntah-muntah dan tak demam. Berapa banyak dan lah. So, dia suh refer pakar kanak2 as dia bukan pakar kanak2. Bagus tuan doktor, kerana mengakuinya. Ada tu yang bodoh sombong buat2 pandai dalam segala bidang. chait!

So, as Monday, my husband and me, took an EL to take Fahyim to Pediatrician. (bukan pakar diet ok. pakar kanak2). Ni ayat doktor "You stop breastfeed sehari dua, tengok macam mana. Takut you makan macam2"... me dalam hati "stop breastfeed...bukan susu ibu terbaik ke? doc ni tak support bf kot sebab asyik bekalkan sample FM je".. di sebabkan ko tu doktor, aku angguk jelah.... try la hari ni dengan esok tak minum susu ibu... alih2 esoknya Fahyim poo lagi banyak. Dekat 10 kali kot... gilos ape.. sian anak den (sian bontot dia kemerah2an).

Semalam alhamdulillah, poo dia still 4-5 kali tapi kuantitinya sedikit.

Semoga Fahyim cepat sembuh. Sian ibu tengok bambam adik memerah. Nasib adik strong boy kan... Love you always!

*** nanti aku nak cari info berkaitan warna poo bebudak riang ni ***




Monday, September 5, 2011

ragam fahyim

tajuk tak hingat kan.
aku tak ingat bile kejadian ni. tp aku ingat betapa kalutnya aku bila fahyim taknak direct feed... berpeluh2 jugaklah. mana taknya, dia menangis melalak macam kena ape ntah...sampai keluar2 air mata...

last2 aku bg air zamzam dalam botol..dia minum dgn rakusnya..last2 aku bg susu perahan guna botol, minum kasi habis terus tertido... habis sebotol sempat lagi fahyim lemparkan senyuman kat aku.. hilang perasaan marah + risau ibu bila fahyim senyum macam tu...

adala dekat seminggu dia berperangai macam tu...

ragam seterusnya... melalak lalak nak tido... nak tido tempat berangin... sejuk... df dgn fahyim betul2 bawah kipas...last2 nyusu sampai tertido... ada plak dia melalak2 bagai nak rak... masuk dalam kereta, letak kat car seat terus diam...belum jalan 1km dia dah bantai tido..anak bertuah la kannn...sampai la raye hari tu..nak tido dalam kereta yang bergerak ok...

tp alhamdulillah kat perak dia tak buat perangai...just nangis manja2 gitu...cumenya bile embah2nya picit pipi dia kuat2 terus menangis sampai merah padam muka...

tapi mlm pertama tido... (kampung kan sejuk gile even tak berkipas)... pagi tu bangun terus muntah macam air terjun...cian anak ibu...

pergi raya walaupun panas2 macam tu, mujur di siang hari dia senang nak tido..kat rumah orang lagi.. :-D

fahyim fahyim...ni dah start keje balik..semalam dia mengamuk smpi kul 3ptg sbb dah seminggu berkepit dgn ibu..bile balik bergayut dgn ibu bukan main lama...dah tu senyum sengih je... :D

muah3....sayang fahyim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...